Zakat
pertanian adalah zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan
kepada sesebuah negeri iaitu apabila telah cukup nisab dan haulnya. Hasil
tanaman yang diwajibkan zakat adalah bijirin- bijirin dari jenis makanan asasi
yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan lama seperti padi, kurma,
jagung, dan sebagainya. Makanan asasi bagi penduduk Malaysia sebagai contohnya
adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Terdapat beberapa dalil mengenai
zakat pertanian seperti:
“Dan perumpamaan orang-orang yang
membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa
mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh
hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan
lebat tidak menyiramiya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat
apa yang kamu perbuat” ( Al-Baqarah, 2 : 265).
Zakat
diwajibkan ke atas semua hasil pertanian dan buah-buahan yang ditanam dengan
tujuan untuk mengembangkan dan menginventasikan tanah (menurut mazhab Abu
Hanifah dan ulama fikih lain). Tetapi tidak diwajibkan ke atas tanaman liar
yang tumbuh dengan sendirinya, seperti rumput, pohon kayu bakar, bambu dan
lain-lain kecuali jika diperdagangkan. Jika diteliti, dalam zakat pertanian
tidak disyaratkan haul tetapi diwajibkan setiap musim, sesuai dengan firman
Allah swt. “Dan tunaikanlah haknya di hari
memetik hasilnya”(dengan dikeluarkan zakatnya). (Surah Al-An`am ayat 141). Jelaslah,
sekiranya tanah pertanian dapat menghasilkan hasil lebih dari sekali dalam
setahun, maka wajib dikeluarkan zakat.
Zakat
pertanian juga dikenakan ke atas hasil buahan dan tanaman. Buahan dan bijian
yang wajib zakat ialah empat jenis seperti sabda nabi “Janganlah kamu mengambil zakat melainkan dari empat perkara ini iaitu
syair(barli), gandum, zabib dan tamar”. Berdasarkan hadis ini, para ulamak
telah menyatakan setiap buah dan bijian di atas mewakili jenis buahan dan
bijian lain. Bagi Mazhab Shafie tiap-tiap benda yang boleh mengenyangkan
(asyidah) atau boleh dibuat roti adalah diwajibkan zakat. Manakala menurut Imam
Nawawi zakat tumbuhan atau pertanian tertentu yang mengenyangkan seperti kurma,
anggur, syair(barli), beras dan segala makanan yang mengenyangkan wajib
dikeluarkan zakat pertanian.
No comments:
Post a Comment