Sejarah
bermulanya zakat adalah sejak dari zaman permulaan Islam di Makkah lagi, tetapi
perintah diwajibkan zakat pada masa tersebut adalah secara umum. Kebanyakkan
ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan wajibnya zakat pada zaman itu tidak dinyatakan
secara terperinci tentang jenis-jenis harta benda dan jumlah yang diwajibkan
zakat. Ketika itu, zakat ditunaikan sekadar mengikut timbang rasa orang-orang
Islam dan kemurahan hati mereka. Selepas Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah
dan terbentuknya umat Islam dan Negara Islam, barulah zakat disyariatkan dalam
bentuk yang lengkap dan sempurna iaitu secara terperinci tentang jenis-jenis
harta benda dan jumlah yang wajib dikeluarkan zakat, asnaf atau golongan yang
berhak menerimanya serta hal-hal lain yang penting berkaitan dengannya.
Zakat
merupakan suatu ibadat fardhu yang terdapat di dalam rukun islam serta wajib
ditunaikan oleh umat Islam apabila telah sempurna dan cukup syarat-syaratnya.
Di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim Allah S.W.T telah menegaskan tentang
kewajipannya dengan menggandingkan kefardhuan zakat dengan fardhu solat: “Maka
dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat”. (Al- Nisa’: ayat 77)
Sebagaimana
yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Taubah ayat 103, firman
Allah yang bermaksud: “Ambilah zakat dari harta mereka yang berada bagi
membersihkan diri dan harta mereka dan doakanlah mereka menerimanya”. Selain
itu, di dalam Hadits riwayat Bukhari, Muslim juga turut dinyatakan wajibnya
zakat iaitu Nabi SAW. bersabda : ‘Islam dibangunkan di atas lima perkara,
bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, mendirikan solat, membayar zakat,
puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah bagi yang
mampu’.
Zakat
merupakan tunjang kepada kestabilan ekonomi umat Islam. Dengan zakat, umat
Islam yang kurang upaya dan tidak bernasib baik dapat turut merasai rezeki yang
Allah limpahkan. Diamping itu, zakat juga mengajar umat Islam untuk mengenang
kesusahan orang lain dan mengelakkan perasaan kikir dan kedekut dan
bermahajarela di hati. Orang susah juga tidak akan merasa tersisih dari nikmat
Allah kerana turut dapat menumpang nikmat kesenangan orang lain yang dapat
menggambarkan bukti zahir seseorang menjunjung ajaran Islam.
Surah
al-baqarah ayat 267 “Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (keluarkan
zakat) apa-apa hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian yang kami keluarkan
dari bumi untukmu”.
No comments:
Post a Comment